Pengarah Jabatan Pendi­dikan negeri, Abd. Aziz Selaiman berkata, jumlah itu melibatkan pelajar yang men­dapat gred A+, A dan A- da­lam semua mata pelajaran diduduki.

“Seramai tujuh calon daripada lima sekolah kerajaan berjaya meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua subjek yang diambil.

“Bagi Gred Purata Negeri (GPN) didapati ada peningkatan sebanyak 0.02 mata antara 2017 dan 2018. Bagi SPM kali ini, GPN dicatatkan 5.05 berbanding 5.07 pada tahun sebelumnya,” katanya dalam si­dang akhbar Pengumuman Keputusan SPM di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, di sini hari ini.

Seramai 32,003 calon daripada 261 sekolah menduduki peperiksaan SPM 2018 di Kedah yang dijalankan pada 13 November hingga 13 Disember tahun lalu.

Tambah Abd. Aziz, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Sejarah menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 0.23 mata iaitu 5.39 kepada 5.16.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keat Hwa 1, Ooi Shi Ern diumumkan sebagai pelajar cemerlang negeri ini dengan memperoleh 11A+.

Shi Ern berkata, persekitaran keluarganya yang banyak terlibat dalam bidang teknikal menjadi pendorong buatnya untuk mendapatkan keputusan cemerlang kerana ingin melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

“Bapa saya seorang pekerja pendawaian, manakala abang pula seorang juruteknik, se­bab itu saya minat sangat untuk menjadi jurutera elektronik.

“Saya merancang untuk melanjutkan pelajaran di ko­­lej matrikulasi sebelum me­­nyambung pengajian di universiti bagi memastikan cita-cita saya tercapai,” kata anak bongsu daripada dua beradik itu.