Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

35,000 benih lampam dilepas ke sungai

NORSABRINA MOHD. NOOR (kiri) melepaskan benih lampam ke dalam
NORSABRINA MOHD. NOOR (kiri) melepaskan benih lampam ke dalam sungai selepas merasmikan Program Santai 2017 di Bandar Baharu, Kedah, baru-baru ini.

BANDAR BAHARU 18 Mei – Sebanyak 35,000 anak ikan lampam dilepaskan dalam Sungai Kerian di Lubuk Buntar, Serdang di sini kelmarin dalam usaha mening­katkan pendapatan nelayan darat di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi serta Sumber Manusia negeri, Datuk Norsabrina Mohd. Noor menyempurnakan upacara pelepasan benih ikan tersebut sempena Program Santai 2017.

Beliau berkata, dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang, penduduk di kawasan berkenaan boleh memanfaatkan program tersebut sekali gus meraih pendapatan untuk keluarga.

“Sebelum ini, penduduk di sungai berkenaan sering menangkap udang galah, ikan baung dan pelbagai jenis ikan lain sahaja. Kehidupan nelayan sungai di sini bakal berubah jika mereka sanggup turun ke sungai mencari rezeki hasil tangkapan itu,” katanya di sini.

Beliau berkata, masa depan hampir 200 ahli Persatuan Nelayan Darat Daerah Bandar Baharu (Panada) akan berubah setelah kemudahan seumpama ini diperkenalkan.

Dalam majlis itu, Norsabrina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu turut menyampaikan bantuan pukat kepada 28 nelayan sungai berkenaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain