Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

32,481 calon duduki UPSR di Kedah

Sofaruddin Ismail
Sofaruddin Ismail

PENDANG 11 Sept. - Seramai 32,481 murid tahun enam menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di 570 pusat peperiksaan seluruh negeri Kedah bagi tahun 2017.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Sofaruddin Ismail berkata, jumlah tersebut berkurangan seramai 598 calon berbanding tahun lalu iaitu 33,079 calon.

“Calon teramai ialah sekolah kebangsaan seramai 26,585 orang diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) (3,425 orang), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) (1,375 orang) dan calon swasta (1,096 orang),” katanya dalam sa­tu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurutnya, jumlah tersebut juga merangkumi jumlah Calon Berkeperluan Khas (CBK) seramai 59 calon yang meliputi buta, rabun dan pekak.

“Sepuluh calon menduduki pepe­riksaan di hospital kerajaan dan swasta,” katanya.

Menurutnya, SK Taman Ria Kulim mempunyai calon teramai melibatkan 319 murid manakala empat sekolah masing-masing mempunyai seorang calon iaitu SJKC Cheng Yu di Kota Setar, SJKC Pei Hwa dan SJKC Pei Eng di Kuala Muda Yan dan SJKT Ladang Kupang di daerah Baling Sik.

Sementara itu, Guru Besar SK Pendang, Nur Raimi Leong Abdullah berkata, seramai 111 murid tahun enam sekolah itu menduduki UPSR daripada 802 murid hari ini.

Menurutnya, sekolah tersebut mensasarkan 20 orang mendapat semua A berbanding dua orang diperoleh tahun lalu.

“Guru sekolah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk meningkatkan prestasi murid dengan mengadakan kem motivasi, kecemerlangan UPSR dan tuisyen berkala sejak awal tahun lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain