Pengurus Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor berkata, pemberian baucar bernilai RM100 itu membolehkan pe­ne­rima membeli barangan makanan bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan Deepavali pada Rabu ini.

“Sumbangan ini merupakan program tahunan kita dalam membantu golongan memerlukan negeri ini khususnya pada musim perayaan,” katanya ketika ditemui selepas program Raikan Deepavali Bersama di Econsave Taman Petani Jaya, di sini hari ini.

Menurut Zamzuri, pihak­nya memperuntukkan lebih RM10,000 untuk melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Pengurus Econsave Taman Petani Jaya, Saparin Abu Seman memberitahu, pihaknya memilih penerima sumbangan tersebut selepas kesusahan hidup mereka yang di­siarkan dalam akhbar berbahasa Tamil.

“Ini adalah tanda keperihatinan kami kepada keluarga berkenaan. Diharapkan bantuan baucar bernilai RM100 tersebut dapat menceriakan mereka sekeluarga.

“Penerima bau­car ini boleh membeli barang makanan di mana-mana Econsave berdekatan dengan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pe­nerima sumbangan, George Benjamin, 54, berkata, keperihatinan pihak Econsave memberi baucar tersebut secara tidak langsung telah menambahkan lagi ‘cahaya’ untuk dia sekeluarga meraikan perayaan sambutan Deepavali kali ini.