Timbalan Yang Dipertua PSSPGM, Fadzil Omar berkata, pertubuhan yang diasaskan pada 1978 itu kini berkembang maju hingga ke seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Melalui usaha tidak mengenal jemu itu, seni silat PSSPGM sampai ke Indonesia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Morocco dan negara lain.

“Generasi muda perlu mempelajari ilmu silat termasuk pertandingan juara seni cara tempur dan sukan bagi menanam semangat jati diri dan keberanian,” katanya dalam program tersebut di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Kedah, Datuk Azmi Che Hussain.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah ketika merasmikan program itu berkata, langkah diambil PSSPGM untuk memberi ilmu berkaitan seni silat adalah baik sekali.

“Buatlah apa sahaja yang terbaik bagi memperelokkan masa depan generasi muda di negara ini.

“Sehubungan itu, kuasa yang ada pada rakyat harus dipertahankan demi kestabilan negara dalam memenuhi harapan serta impian generasi muda,” katanya.