Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad berkata, perkara itu perlu diberikan perhatian serius oleh pihak berkenaan.

“Ketika ini, lebih 2,000 nelayan di kawasan pengairan Kuala Muda amat tidak puas hati dengan kegiatan menangkap ikan menggunakan pukat sorong, pukat tunda dan bubu naga.

“Pendapatan nelayan di kawasan tersebut terjejas teruk. Kami percaya teknologi menangkap ikan menggunakan cara haram ini dibawa masuk dari negara jiran,” katanya selepas menyampaikan Elaun Sara Hidup Nelayan serta Ramah Mesra di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) Tikam Batu, di sini hari ini.

Lebih 200 nelayan di Kuala Muda di sini menerima sumba­ngan itu.

Abdul Rahim berkata, kegiatan itu mengakibatkan pendapatan rata-rata nelayan di situ terjejas.

“Ramai nelayan berhadapan dengan masalah pukat rosak. Selain itu, kegiatan haram menggunakan pukat sorong dikhuatiri akan merosakkan ekosistem,” katanya.