Murid-murid yang terlibat adalah masing-masing seramai 50 orang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Darulaman Bukit Kechil, SK Seri Kuala dan SK Rantau Panjang.

Kesemua kanak-kanak itu terdiri daripada keluarga nelayan dan petani.

Menurut Koordinator Program Edaran Beg Sekolah dan Alat Tulis 2019 anjuran Pertubuhan Komuniti Prihatin Kedah (Sepakat), Munawir Ridzwan, sumbangan itu bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang terlibat.

"Setidak-tidaknya dapat menceriakan murid-murid ini apabila tibanya musim sesi persekolahan baharu," katanya ketika ditemui. - UTUSAN ONLINE