Pengarah Majlis Sukan Ne­geri (MSN) Kedah, Mohamad Rizal Mohamad Radzi berkata, pe­ng­anjuran kejohanan tersebut bagi memberi tumpuan mencari bakat muda yang mempunyai kekuatan fizikal, kepantasan dan kepintaran bermain serta berdisiplin, selain berupaya bersikap profesional.

Menurutnya, kejohanan yang diadakan secara liga berkumpulan itu terbahagi kepada tiga zon iaitu zon utara, tengah dan selatan de­ngan membabitkan 12 daerah.

“Kumpulan zon utara terdiri daripada pasukan daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap dan Pokok Sena. Sementara zon tengah pula terdiri daripada pasukan Kuala Muda, Yan, Langkawi dan Pendang, manakala Kulim, Ba­ling, Bandar Baharu serta Sik be­r­ada dalam kelompok zon selatan.

“Kejohanan yang bermula 17 November hingga 29 Disember ini diadakan di padang-padang terpilih, cuma pentas akhir perlawanan dan penentuan tempat ketiga serta keempat di Stadium Darul Aman,” katanya selepas majlis Pelancaran Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Kedah Darul Aman 2017 di sini semalam.

Menurut Mohamad Rizal, pi­haknya memberi peruntukan sebanyak RM6,000 kepada setiap pa­sukan daerah yang bertanding dalam pusingan awal, manakala tambahan RM2,000 jika mara ke peringkat suku akhir.

Katanya, pihaknya juga memberi peruntukan tambahan RM3,000 kepada mana-mana pa­sukan yang layak ke peringkat separuh akhir dan akhir.

“Kita mengharapkan kejoha­nan ini juga dapat mengaktifkan se­mula persatuan bola sepak daerah, selain menggerakkan kom­ponen pembangunan bola se­pak dari aspek pengurusan pasukan, kejurulatihan, pengadilan dan pengurusan pertandingan,” ujar­nya.

Mohamad Rizal memberitahu, pihaknya menawarkan RM10,000 berserta piala pusingan, piala ­iringan, medal dan sijil untuk pa­sukan yang berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Kedah Darul Aman 2017.

“Naib johan akan menerima (RM5,000, piala iring­an, medal dan sijil), tempat ketiga (RM3,000, me­dal dan sijil), manakala tempat keempat (RM2,000, me­dal dan sijil).

“Bagi kategori pemain dan penjaga gol terbaik perlawanan akhir serta penjaring gol terbanyak ke­seluruhan, masing-masing bakal membawa pulang RM400 berserta piala dan sijil,” katanya.