Pameran yang terbuka kepada orang ramai sehingga hujung ta­hun ini mengisahkan perjalanan Tuanku Abdul Halim dari usia remaja sehingga mencatat se­jarah dilantik sebanyak dua kali sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Penganjuran pameran yang dicetuskan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah itu adalah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-89 Sultan Kedah.

Pengarah Urusan Infografik Design Consultants, Nisah Abd. Karim berkata, persediaan Pa­meran Potret Diraja itu mengambil masa empat tahun sebelum dapat dibu­ka untuk ton­tonan awam khususnya rak­yat Kedah.

“Syarikat kami diberi tugas untuk mengumpul foto Tuanku. Pada asalnya, pengumpulan fo­to yang kebanyakan koleksi pe­ribadi Tuan­ku itu adalah untuk pe­ngan­juran sebuah pameran di Kuala Lumpur semasa baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kali kedua.

“Bagaimanapun atas se­bab-se­bab tertentu, rancangan pe­nganjuran pameran itu tidak dapat diadakan. Namun, se­lepas empat tahun, pameran ini direa­lisasikan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-89 baginda.

“Dalam tempoh tidak sampai sebulan, syarikat kami berjaya me­ngumpul 100 potret terbaik Tuanku dari usia muda, zaman persekolahan, dilantik sebagai Raja Muda Kedah, istiadat perta­balan sebagai Sultan Kedah (1959), istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Kelima dan Ke-14, hobi, sukan kegemaran baginda serta gambar kerabat diraja Kedah,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tuanku Abdul Halim dan Sul­tanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun mencemar du­li berangkat merasmikan Pa­me­ran Potret Diraja Sultan Ab­­dul Halim Mu’adzam Shah­ - Ima­ges of Majesty yang berlangsung sejak 4 Februari lalu.

Tuanku Abdul Halim ber­ke­nan menyampaikan titah yang kemudian disusuli pa­luan gong sebanyak tiga kali sebagai gimik perasmian sebelum dipersembahkan lukisan potret baginda dan Sultanah Kedah sebagai cenderamata oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.

Yang turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah, Tengku Ma­liha Tengku Ariff; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani; Puteri Intan Shafinaz dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafudin Badlishah Tunku Sallehuddin.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad.

Menurut Nisah, kejayaan me­nyempurnakan pameran itu ba­nyak dibantu Puteri Intan Shafi­naz yang menyumbang potret selain membantu penyediaan kapsyen dan perjalanan cerita.

“Banyak potret Tuanku Abdul Halim menarik dan nampak ‘hidup’ yang perlu dilihat rakyat Kedah khususnya pelajar sekolah. Antara gambar yang menarik adalah potet baginda menaiki kapal ke London yang masa perjalanan mengambil masa 30 hari.

“Sudah tentu, kita akan tertanya-tanya bagaimana Tuanku yang merupakan anak raja pada ketika itu boleh mengharungi perjalanan selama itu. Selain itu, terdapat banyak gambar Tuanku dengan kerabat raja luar negara yang harus dilihat,” ujarnya.