Ketuanya, Mashitoh Mohamad Yusoff berkata, pihaknya mendapat peruntukan sebanyak RM5,000 bagi tujuan tersebut kepada penunggang terdiri daripada pelbagai kaum di sekitarnya.

“Terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad kerana memberi peruntukan sebanyak itu kepada Puteri UMNO bagi menjayakan program tersebut.

“Program ini bermula pukul 7 pagi dan berakhir kira-kira pukul 9 pagi. Semua penunggang motosikal gembira kerana dapat mengisi minyak masing-masing hingga penuh tangki,” katanya sempena Program Isi Minyak Percuma di sini.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, pihaknya akan terus menolong golongan berpendapatan rendah termasuk pekerja kilang dan penoreh getah melalui program seperti itu dari semasa ke semasa.

“Saya lakukan semua ini demi membantu golongan kurang berkemampuan dan ramai penunggang motosikal gembira menerima manfaat petrol secara percuma ini.

“Selepas ini, program sama diadakan lagi di Taman Nilam pada 24 November ini anjuran Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani,” katanya.