Program anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut  dan Kelab Basikal Kuala Besut (KBCC) itu melibatkan kayuhan  sejauh kira-kira 35 kilometer, bermula di Dataran Muara Kuala Besut yang akan melalui  beberapa kampung.

Penyelaras program, Tazu Azha Abdul Rahman memberitahu setakat ini jelasnya, lebih  500 peserta sudah mendaftar untuk menyertai program tersebut.

"Peluang masih dibuka sehingga 13 Mac  ini dan boleh menghubungi  saya di talian 01155023776, atau Baharudin (0184094676) dan Afiq BMT (011110403546)," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, program yang julung kali diadakan itu dapat turut menyemai amalan hidup cergas di samping memupuk semangat kesukanan.

"Pada masa ini banyak kelab  basikal ditubuhkan  yang menunjukkan anggota masyarakat daripada pelbagai  peringkat  kini semakin memberi perhatian kepada aspek penjagaan kesihatan melalui aktiviti riadah," ujarnya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE