SEORANG kaunselor JKM sedang melakukan aktiviti bersama-sama kanak-kanak di pusat pemindahan banjir
SEORANG kaunselor JKM sedang melakukan aktiviti bersama-sama kanak-kanak di pusat pemindahan banjir

Wakil kaunselor, Norfazli Masri berkata, pihaknya berada di daerah ini sejak hari pertama banjir dan sudah melawat semua pusat pemindahan banjir dan mangsa yang terjejas.

“Melalui pengalaman di sini, terdapat mangsa terutama wanita yang mula menunjukkan kerunsingan dan mula termenung teringatkan harta benda mereka selepas tiga hari ditempatkan di pusat pemindahan.

“Kami melakukan pemantauan berterusan bagi memberi semangat dan memastikan mang­sa-mangsa musibah itu tidak murung dengan melakukan pelbagai aktiviti dan sesi kaunseling sama ada secara individu atau berkelompok,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, antara aktiviti yang dilakukan termasuk program kerohanian mengikut pe­ringkat umur serta aktiviti santai khususnya untuk kanak-kanak seperti bermain board games dan mewarna sebagai terapi untuk mangsa.

“Pihak kami juga sudah memberikan bantuan psikologikal seper­ti sesi psikoterapi, kaunseling dan intervensi krisis serta sokongan psikologikal terhadap mangsa di pusat pemindahan bagi mengurangkan kesan trauma dan tekanan.

“Menerusi maklum balas yang diterima kebanyakan mereka merasakan bantuan psikologikal sedikit sebanyak mengurangkan tekanan dialami selain membantu emosi mereka menjadi lebih stabil dan tenteram,” katanya.