Dalam temu duga tersebut le­bih 700 peluang pekerjaan daripada 15 syarikat daripada seluruh negara ditawarkan dengan melibatkan beberapa jawatan seperti operator pengeluaran, kerani, eksekutif pemasaran dan pelbagai lagi.

Pengurus Pusat Job Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja negeri, Ibrahim Mohamad berkata, temu duga terbuka yang diadakan itu mendapat sambutan yang cukup mengalakkan khususnya daripada penduduk di kawasan ini.

Katanya, kebanyakkan mereka yang hadir terdiri daripada lepasan sekolah dan universiti.

“Kita akan mengadakan lagi temu duga seperti ini dengan skala yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya kepada pembe­rita di sini baru-baru ini.

Sementara itu, seorang bekas penuntut salah sebuah univer­siti di negeri ini, Siti Faezah Ahamad, 25, berkata, karnival yang diadakan itu amat sesuai bagi memenuhi keperluan dirinya mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian tahun lalu.

Katanya, dia berharap akan mendapat salah satu pekerjaan yang sesuai selepas mengikuti beberapa sesi temu duga dalam karnival ini.

“Penganjuran karnival ini tepat pada masanya memandangkan saya juga sedang mencari pekerjaan,” katanya.

Mohd. Khairi Kamaruddin, 21, pula berkata, banyak peluang pekerjaan yang sesuai dengan dirinya ditawarkan pada karnival tersebut.