Mengunakan teknik kuilting dengan paparan 32,000 kuntum bunga fabrik, kaligrafi yang diusahakan selama enam bulan tahun lalu dengan kerjasama Pusat Latihan Kraftangan Epal dan Perbadanan Putrajaya menarik penglibatan lebih 1,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk banduan dan juga pertubuhan.

Pameran selama seminggu itu digerakkan oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) merupakan permulaan siri jelajah ke seluruh negara.

Penyelaras program, Eric CH Chua, berkata, kaligrafi Asma Al Husna itu telah mendapat pengiktirafan oleh Guinness World of Records pada 3 November 2016 sebagai hiasan bunga fabrik paling banyak di dunia.

“Bandar raya ini merupakan lokasi pertama diadakan pameran seni jahitan kreatif sebelum dibawa menjelajah di seluruh negara sepanjang tahun ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE