ABD. MUTALIP ABD. RAHIM
ABD. MUTALIP ABD. RAHIM

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, biarpun perkahwinan membabitkan lelaki asing dan wanita warga emas di negeri ini dianggap kes terpencil, namun dikhuatiri ia akan menular di masa akan datang kerana ramai warga asing bekerja di negara ini.


Menurutnya, antara kaedah yang boleh dipertimbangkan adalah dengan memberi kaunseling atau pandangan kepada wanita warga emas sejak awal sebelum mereka berkahwin dengan lelaki warga asing.


“Mungkin kita (JAINJ) mengambil kaedah bagi perkahwinan yang berbeza umur mengikut cara kufu (sama taraf) bila ada kes seperti ini dengan dari awal lagi kita akan bagi kaunseling,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar di sini sebentar tadi.


Abd Mutalip (BN-Layang-Layang) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd. Ismail Roslan (BN-Semerah) yang ingin tahu bilangan kes perkahwinan antara wanita warga emas dan warga asing bermasalah di Johor yang didaftarkan kepada JAINJ.


Mohd Ismail dalam soalannya memberi contoh berlaku eksploitasi perkahwinan di kawasannya melibatkan peniaga lelaki warga asing berusia 35 tahun yang berkahwin dengan wanita warga emas berusia 65 tahun. - UTUSAN ONLINE