Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KADA pantau prestasi peserta Azam Tani

KADA pantau Azam Tani
MOHD. Rosdi Ab. Aziz (kanan) beramah mesra dengan salah seorang penerima bantuan Azam Tani Kada di Tumpat hari ini. - UTUSAN ONLINE

TUMPAT 27 Mac - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan memantau prestasi peserta Azam Tani kelolaan agensi tersebut bagi memastikan mereka mencapai sasaran keluar daripada kelompok miskin tegar.

Ahli Lembaga Pengarah KADA, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, pemantauan itu akan dilakukan oleh pegawai yang telah dilantik bagi memastikan para peserta mencapai sasaran ditetapkan.

Menurutnya, pendekatan itu merupakan salah satu penambahbaikkan yang dilakukan agensi tersebut untuk membantu peserta.

“Selain itu, kita turut menyediakan kursus keusahawanan kepada peserta bagi memastikan mereka mempunyai hala tuju yang jelas seterusnya berjaya dalam perniagaan,” katanya pada majlis penyampaian bantuan Azam Tani di sini hari ini.

Seramai lapan peserta Azam Tani menerima bantuan berjumlah RM10,000 dari KADA. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain