Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

JPP IPGKTAA Lipis terima watikah pelantikan

Suhaimi Ibrahim (lima dari kanan) dan Abdullah Yusof (lima dari
Suhaimi Ibrahim (lima dari kanan) dan Abdullah Yusof (lima dari kiri) bergambar bersama anggota jawatankuasa perwakilan pelajar selepas penyerahan watikah sesi 2017/2018 di Lipis, Pahang, baru-baru ini.

LIPIS 19 Feb. – Seramai enam Ahli Majlis Tertinggi dan 22 Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2017/2018 Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) Lipis menerima watikah kepemimpinan daripada pentadbir institusi pengajian itu, di sini baru-baru ini.

Majlis penyerahan watikah pelantikan itu disempurnakan Pengerusi Yayasan Belia Malaysia (YBM), Datuk Dr. Suhaimi Ibrahim di Dewan Darul Makmur IPGKTAA Lipis.

Ketua Unit Kepemimpinan dan Pengembangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTAA Lipis, Shahnam Abdul Rashid berkata, pemilihan itu dibuat selepas notis pembubaran JPP bagi sesi 2015/2016.

“Sebanyak 700 penuntut layak mengundi untuk memilih kepemimpinan baharu JPP sesi 2017/2018,” katanya selepas maj­lis penyerahan watikah pelantikan berkenaan.

Yang hadir sama Pengarah IPGKTAA Lipis, Abdullah Yusof.

Menurut Shahnam, seramai 24 penuntut bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi manakala 43 orang bagi jawatan Exco dalam pemilihan berkenaan.

Katanya, jumlah penyertaan memberangsangkan itu menan­dakan perkembangan positif iaitu menzahirkan minat penuntut untuk menjadi pemimpin dalam saf JPP berasaskan pemilihan secara demokrasi.

“Secara tidak langsung, pilihan raya kampus menzahirkan amalan demokrasi yang dapat mengetengahkan bakat kepe­mim­pinan penuntut,” ujarnya.

Sementara itu, Suhaimi berkata, pilihan raya kampus IPGKTAA Lipis dapat membentuk nilai kepemimpinan dalam kalangan penuntut khususnya mengemudi organisasi dalam masyarakat dan pertubuhan disertai mereka.

Katanya, penuntut yang bakal menjadi seorang pendidik sewajarnya diasah dengan pengalaman memimpin organisasi di peringkat kampus sebelum berkhidmat selepas menamatkan pengajian.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain