Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan yang dibuat kerajaan negeri itu terutama kawasan Felda yang sudah mendapat geran individu.

“Semasa mesyuarat tadi tiada yang bangkitkan cakap tidak puas hati cuma mereka meminta supaya Felda, terutama yang sudah mendapat geran individu dan Johor cadang supaya diwujudkan kampung tradisi baharu.

“Mereka akan memberikan senarai tersebut bagi membolehkan MPKK diwujudkan di kampung terlibat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bersama Exco-Exco Luar Bandar (Mexclub) di sini sebentar tadi.

Tambahnya, kriteria untuk menubuhkan kampung tradisi itu termasuk berapa bilangan rumah dan penduduk di satu kawasan terlibat diserahkan kepada kerajaan negeri bagi tujuan pewartaan sebelum dipanjangkan kepada pihak kementerian. - UTUSAN ONLINE