DARI KIRI: Jason Isaac, Niki Iris Marandha.

Pegawainya, Rusyidatul Mat Yaacob berkata, kanak-kanak tersebut ia­­­lah Jason Isaac, 3, dan abangnya, Niki Iris Marandha, 4.

“Bapa kandung mereka, Christopher Maran­dha telah meninggal dunia pada Disember 2016, manakala ibu kandungnya, Een Susanti tidak dapat dikesan hingga kini.

“Dua beradik berkenaan telah ditinggalkan di sebuah pusat jagaan di daerah Segamat sejak 2014. Lebih malang tidak mempunyai sijil kelahiran dan maklumat berkaitan ibu bapa mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rusyidatul memberitahu, buat sementara waktu, dua beradik tersebut diletakkan di bawah jagaan sementara JKM mengikut Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Justeru, pihaknya meminta ibu kandung atau waris kanak-kanak tersebut tampil membantu JKM untuk menguruskan proses permohonan sijil kelahiran mereka dengan datang atau menghubungi pejabat JKM Segamat di talian 07-9311331.