Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Aris Mamat memberitahu, pihaknya akan menyiasat aduan yang diterima bagi memastikan pelaksanaan SST berjalan lancar.

“Peniaga yang dikesan menaikkan harga barang tanpa sebab akan diberikan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 mengenai punca kenaikan barangan itu.

“Tindakan akan diambil sekiranya peniaga gagal mengemukakan justifikasi dan penjelasan berkaitan kenaikan itu,” katanya dalam sidang akhbar sempena operasi pemantauan harga barangan, di sini sebentar tadi.

Setakat ini pihaknya telah merekodkan 119,000 barangan pengguna daripada lebih 5,000 premis di seluruh negeri dalam Operasi Catut 5.0. - UTUSAN ONLINE