Walau bagaimanpun, tertuduh, Muhammad Khudzairi Fitri Hussien, 36, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias. 

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang kini bekerja sebagai tukang cuci di Singapura memalsukan dokumen surat permohonan gantian lewat kad pengenalan atas nama Muhammad Ismail Tumiran dan Muhammad Saefful Tumiran dengan niat supaya mereka membayar denda RM1,000 setiap seorang atas kelewatan itu. 

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh yang berhenti kerja pada Disember tahun lalu didakwa memalsukan Surat Akuan Penahanan Dokumen JPN Akta Pendaftaran Negera 1959 Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) dengan niat menyebabkan Musa Absin menyerahkan RM2,000 untuk urusan membuat kad pengenalan dan pembaharuan kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) miliknya.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Taman Setia Tropika, Kempas pada 24 Jun 2012 dan 26 Februari 2013.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE