Menyedari keperluan itu, Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di sini terus mengasah bakat dan mengangkat golongan berkenaan.

Pelbagai program dan aktiviti dirangka PIS di samping silibus pembelajaran sedia ada menghasilkan tenaga sumber manusia yang mampu bersaing di dunia pekerjaan dan perniagaan.

Terbaharu, PIS menganjurkan Artbeat 2018 Festival yang bertemakan Uninterrupted Impairment: The Beauty of Silent In Visual Communication yang dijalankan di sembilan buah sekolah.

Sekolah terlibat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai; SMK Pendidikan Khas Vokasional Indahputra; sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Johor; SMK Taman Universiti; SK Taman Perling; SMK Seri Alam 2; SK Permas Jaya 2; SK Pasir Gudang 2 dan SMK Ulu Tiram.

Fokus utama program dan bengkel itu yang diadakan dari satu sekolah ke sekolah adalah mempamerkan hasil karya seni penuntut PIS yang berkelainan upaya terutama cacat pendengaran.

Menurut pengarah PIS, Rashidah Mustapa, Artbeat 2018 yang bermula bulan lalu dan sedang berlangsung agak berbeza dengan penganjuran sebelum ini.

“Pihak PIS berusaha untuk mengangkat serta mengiktirafkan golongan berkelainan upaya ini dengan mengangkat hasil karya seni mereka.

“PIS berkerjasama dengan sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan serta sekolah menengah vokasional sekitar Johor Baharu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, PIS membawa penge­tahuan serta kepakaran untuk dikongsikan dengan sekolah terlibat dan pensyarah serta penuntut politeknik itu melakukan demons­trasi serta bengkel penghasilan karya seni teruatama dalam bidang Teknik Pembukaan Topeng Dalam Percetakan Saring.

“Hasil daripada bengkel ini akan dikumpulkan dan dipamerkan pada acara kemuncak Artbeat 2018 yang akan berlangsung pada 11 dan 12 Ogos nanti di Plaza Angsana Johor baharu.

Pihak PIS juga dalam perancangan melakukan satu catatan baharu dalam Malaysian Book of Record pada acara kemuncak itu nanti.