Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini terdapat 578 buah sekolah agama sementara 30 lagi yang baharu akan dibina bermula hujung tahun ini.


“Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk membina 30 sekolah agama baharu di seluruh negeri. Tidak ada makna kalau negeri kita maju tetapi pegangan agama kita lemah dan gagal.


“Selain itu kerajaan negeri juga peruntukan RM100 juta pada setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun guru-guru sekolah agama. Ini adalah agenda kita dalam memperkukuhan dan 
memperkasakan agama Islam dan ini mesti diteruskan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Selangkah Ke Alam Remaja Khatan Perdana 2017 yang melibatkan 480 kanak-kanak di Masjid Seri Alam, di sini sebentar tadi. 


Yang turut hadir Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abd. Samad dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim. - UTUSAN ONLINE