Majlis pelancaran pengagihan tablet tersebut diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Ismail di sini yang dirasmikan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi merangkap Ahli Parlimen Sri Gading.


Dalam majlis tersebut, sebanyak 6,461 tablet diserahkan kepada guru-guru di daerah Batu Pahat yang merupakan lokasi pertama diagihkan bagi negeri ini.


Yang turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat, Md. Said Md. Daimon dan Penolong Pengurus Kawalan Kredit Utusan Melayu (M) Bhd., Md. Noor Azman Musa. - UTUSAN ONLINE