Pusat tersebut merupakan UTC kedua dibina di negeri ini selepas UTC Johor di [email protected] di Johor Bahru yang beroperasi sejak 3 Julai 2014.

Cadangan Pembangunan UTC Pasir Gudang adalah cetusan idea Menteri Besar, Datuk Seri Moha­med Khaled Nordin berdasarkan kepadatan penduduk di kawasan Pasir Gudang lebih 420,000 orang serta pembangunan pesat yang ketara di kawasan berkenaan.

Pemilihan lokasi pembangunan UTC di Pasir Gudang turut mengambil kira pembangunan projek kompleks Bersepadu Pe­napisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang dan bertindak sebagai pelengkap bagi pembangunan hab petroleum itu.

Antara agensi yang beroperasi di UTC Pasir Gudang, terma­suk Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pe­ngang­kutan Jalan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Selain itu, turut membuka pe­jabat di situ ialah Kementeri­an Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Ke­menterian Belia dan Sukan (Youth Centre), Perbadanan Ta­bung Pendidikan Nasional (PTPTN), Pejabat Tanah dan Galian Johor, pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Johor (Bahagian Perumahan) serta Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Tinjauan Utusan Malaysia men­dapati, rata-rata pengunjung kompleks berkenaan mengambil peluang pembukaan pusat ber­kenaan hari ini untuk melakukan pelbagai urusan berkaitan kerajaan.

Seorang peniaga, Ruzalita Amir, 39, yang menjual kuih-muih di Taman Air Biru, di sini mengetahui mengenai pembukaan UTC Pasir Gudang menerusi laman sosial Facebook.

“Saya ingatkan UTC mula di­buka esok sempena tahun baharu, tetapi apabila berjalan-jalan di kompleks ini saya dapati UTC ini sudah mula beroperasi.

“Ini jelas menunjukkan komitmen agensi-agensi kerajaan terlibat untuk memberikan perkhid­matan terbaik mereka kepada ma­syarakat setempat,” katanya.

Bagi operator kilang, Samad Abd. Aziz, 33, yang tinggal di Kampung Pasir Putih, di sini sebelum ini sering mengunjungi UTC Johor di Johor Bahru untuk berurusan.

“Sekarang tak perlu pergi jauh dah kerana UTC Pasir Gudang lebih dekat dengan rumah saya dan lengkap dengan segala agensi kerajaan,” katanya.