Ujar anak kelima daripada enam beradik ini, dia tidak terlalu bimbang dengan keputusan akademiknya kerana lebih banyak memberi fokus kepada bidang sukan.

“Saya aktif bermain bola sepak sejak berusia 6 tahun bersyukur dengan keputusan yang saya dapat hari ini dan tidak berasa terlalu bimbang dengannya.

“Ini kerana saya lebih fokus kepada sukan bola sepak dan akan menyertai Akademi Mokhtar Dahari di Kuantan, Pahang tahun depan,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda 2, di sini hari ini.

Haziq Aiman yang bermain di posisi penjaga gol turut menetapkan matlamat untuk menyarung jersi pasukan JDT dan bermain mewakili negara menjelang usianya 19 tahun.

Ibunya, Norlela Jamaluddin, 40, pula tetap berbangga dengan pencapaian akademik anaknya walaupun tidak cemerlang se­perti murid lain.

“Benar, akademik memang penting namun saya yakin anak saya mempunyai masa depan yang baik dalam bidang sukan khususnya bola sepak.

“Saya juga percaya dia mampu mengimbangkan antara sukan dan akademik dengan baik pada masa depan, untuk survival dirinya ” ujarnya yang menyokong minat anaknya dalam bola sepak sejak kecil lagi.