Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, mangsa berusia 32 tahun itu disyaki ditikam oleh seorang warga Myanmar yang juga pekerja premis tersebut sebelum melarikan diri. 

 "Pergaduhan tercetus selepas mangsa menegur suspek kerana berbual terlalu lama dengan teman wanitanya hingga menyebabkan suspek naik marah dan menyerang mangsa lalu menikamnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. UTUSAN ONLINE