Timbalan Pengurus Besar Kejora, Hamzah Isa berkata, tuisyen percuma itu diadakan di 14 pusat tuisyen sekolah kebangsaan dan 19 sekolah menengah di daerah ini, Kulai dan Kluang.

“Program meibatkan 2,000 pelajar daripada 50 sekolah iaitu 31 sekolah kebangsaan dan 19 sekolah menengah itu melibatkan peruntukan berjumlah RM290,000.

“Daripada jumlah itu RM100,000 untuk sekolah rendah menakala RM190,000 sekolah menengah,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Program Tuisyen Rakyat @KKLW 2017 di Dewan Bandaran Bandar Penawar di sini semalam.

Katanya, tuisyen tersebut merupakan satu program yang membantu pelajar-pelajar da­lam wilayah Kejora mendapatkan bimbingan tambahan dalam pelajaran.

Jelas Hamzah, pihaknya sen­tiasa memberi sokongan moral dan fizikal membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar yang berada dalam wilayah Kejora.

Menurut beliau, selain ke­las tuisyen turut diadakan termasuklah kursus motivasi dan sahsiah diri pelajar, kelas insentif dan seminar teknik menjawab soalan.

“Semoga usaha yang diperkenalkan pada 2013 ini selaras matlamat kerajaan dalam mentransformasikan masyarakat luar bandar khususnya pelajar dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan ilmu dan pencapaian akademik mereka,” katanya.