MUHYIDDIN YASSIN

Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan penubuhan jawatankuasa itu bagi membincangkan isu yang dihadapi oleh rakyat untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup dengan meningkatkan pengeluaran bekalan makanan menerusi aktiviti pertanian dan penternakan.

“Bagi soal itu, ia me­merlukan satu peran­ca­ngan rapi melibatkan soal penyelidikan yang memerlukan tenaga sum­ber berkemahiran­ mencukupi serta usa­ha lebih gigih untuk ten­tukan hasil pengelu­aran bahan makanan di­ negeri ini dapat kita be­kalkan secukupnya.

“Pengeluaran bahan makanan ini bukan sahaja untuk kegunaan rakyat di sini, malah kita juga boleh pasarkan ke luar negara. Saya kira ini adalah salah satu daripada yang kita nyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan peringkat negeri untuk menjadikan Johor sebagai negeri yang banyak mengeluarkan bahan makanan dan dibekalkan kepada pengguna,” katanya dalam majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian; Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik serta barisan Exco kerajaan negeri.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, di negeri ini masih terdapat tanah yang belum dibangunkan dengan sebaiknya sama ada milik kerajaan ataupun individu.

Sekiranya tanah tersebut serta kawasan perairan se­perti sungai dan lombong dapat diusahakan, kerajaan negeri dapat mengeluarkan hasil yang cukup untuk dibekalkan dalam pasaran tempatan dan luar negara, kata­nya.

“Dengan inisiatif khusus yang diambil disertakan sokongan semua jabatan dan syarikat milik kerajaan (GLC) milik kerajaan pusat dan negeri, maka saya yakin soal menangani kos sara hidup itu dapat kita atasi dalam satu jangka masa yang tidak terlalu lama.

“Hal ini saya kira adalah satu agenda yang harus diberikan perhatian bukan sahaja di peringkat negeri malah di peringkat nasional bagi memastikan nasib rakyat te­rus terbela,” katanya.