Presiden MBNJ, Sallehen Mohamad berkata, pihaknya amat berbesar hati dan menjunjung kasih atas kesudian Tunku Ismail menerima jawatan berkenaan.

“Kesudian Tunku Ismail dalam mendampingi golo­ngan belia merupakan suatu pengiktirafan terhadap pera­nan serta tanggungjawab yang dipikul generasi belia.

“Perkenan itu memberi semangat kepada kami untuk terus memberikan tumpuan terhadap usaha-usaha meningkatkan penglibatan belia dalam pelbagai bidang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sallehen berkata, pengalaman luas yang dimiliki Tunku Ismail dalam menerajui pelbagai organisasi utama tanah air termasuk pernah menjadi Presi­den Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadikan beliau ikon bagi generasi muda.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 1947, perkembangan tersebut merupakan detik bersejarah bagi MBNJ, apatah lagi dalam usaha kita melangkah dan membuka lebaran baharu bagi memperkasakan jati diri belia serta memberi fokus terhadap aspek pendidikan dan penglibatan kesukarelaan kelompok itu di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.