Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, sekiranya terdapat kenaikan harga yang ketara, pengusaha kantin diingatkan untuk mematuhi harga yang ditetapkan sewaktu tender dibuat bersama-sama pentadbiran sekolah. 


“Sewaktu tender dibuat, pengusaha kantin dan pentadbiran sekolah telah meletakkan harga siling bagi memastikan harga makanan berpatutan dan tidak membebankan. 


“Sekiranya wujud isu berbangkit, kedua-dua pihak perlu merujuk semula kepada kontrak ditetapkan, namun setakat ini tiada sebarang aduan berkenaan harga kantin sekolah di negeri ini,” ujarnya. 


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika mengumumkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 di Madrasah Alattas Alarabiah di Ulu Tiram, di sini sebentar tadi.


Beliau berkata demikian apabila ditanya berhubung isu kenaikan harga makanan di kantin-kantin sekolah. - UTUSAN ONLINE