Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri, Tan Hong Pin berkata, MPM hanya menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang ada tanpa sebarang niat jahat.

Menurutnya, perkara tersebut adalah melibatkan premis-premis yang memaparkan papan iklan lebih daripada satu termasuk di tiang dan sebagainya tetapi hanya membuat bayaran bagi satu papan iklan.

“Namun, kerajaan negeri juga mengambil kira trend tulisan berbentuk iklan yang dipapar di tiang premis yang mempunyai warisan sejarah kerana wujud sejak lebih setengah abad dahulu. 

“Jadi, mungkin ada sedikit kekeliruan dalam hal ini tetapi dari segi undang-undang tiang iklan itu juga perlu dilesenkan seperti yang lain. Kita akan selesaikan perkara ini dengan segera,” katanya ketika melawat papan-papan iklan premis di Bandar Maharani, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Nor Hayati Bachok dan Yang Dipertua MPM, Mustaffa Kamal Shamsudin.-UTUSAN ONLINE