Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Teruja jumpa Sultan Johor

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memukul gong merasmikan penanaman pokok di Taman Botani Johor sempena
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memukul gong merasmikan penanaman pokok di Taman Botani Johor sempena Kembara Mahkota Johor 2017 di Taman Botani Johor Sri Medan, Batu Pahat, Johor semalam.

BATU PAHAT 12 Sept. – Sejak malam tadi Siti Rozana Yusof, 34, mengingatkan tiga anaknya supaya tidur cepat agar dapat bangun awal pagi ini untuk bersama-sama orang ramai menyam­but rombongan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 yang menjelajah ke kawasan Parit Sulong.

Ini kerana dia tidak mahu mereka terlepas untuk memeriahkan pelbagai program di Taman Botani Johor, Sri Medan yang diadakan sempena KMJ kali ini.

“Kami sekeluarga keluar awal pagi dan tiba di sini sejak pukul 8 pagi walaupun acara bermula pada 10 pagi.

“Malah, hari ini kami tutup ke­dai pakaian yang diusahakan di Parit Sulong supaya dapat bersama-sama meraikan KMJ kali ini. Sejak empat tahun lalu, kami sekeluarga akan meluangkan masa memeriahkan program yang diadakan sempena KMJ,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Siti Rozana yang berasal dari Sungai Petani, Kedah namun sudah menetap empat tahun di Parit Sulong sejak berkahwin dengan Zuraini Jamari, 48, yang turut menyertai pertandingan memancing mengaku mahu mendidik anak-anaknya yang berusia antara dua hingga enam tahun supaya mengenali, sekali gus menjunjung institusi beraja di negeri dan negara ini.

Sementara itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang tiba di Taman Botani tersebut kira-kira pukul 10 pagi berke­nan merasmikan program penanaman pokok yang merupakan satu daripada aktiviti yang diadakan sempena KMJ 2017.

Baginda berkenan memukul gendang perasmian projek ter­sebut dengan 500 pokok nadir pelbagai jenis, an­taranya jambu bol, jering, kerdas, putat, be­ruas dan melinjau ditanam oleh penduduk setempat di kawasan taman ber­kenaan yang merupakan bekas kawasan lombong besi pada tahun 1920-an.

Pada hari terakhir hari ini, rombongan KMJ 2017 menjelajah ke daerah Batu Pahat, Pontian dan Kulai.

Sultan Johor ditemani anak­anda baginda, Tunku Puteri, Tun Aminah dan suami, Dennis Muhammad Abdullah; Tunku Pang­lima, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera; Tunku Abu Bakar.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan.

KMJ 2017 yang merupakan edisi ke-20 menjelajah ke 10 daerah sejauh 808 kilometer bermula sejak Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain