Baginda berkenan memukul gendang sebagai simbolik perasmian tersebut.

Sebanyak 500 pokok nadir pelbagai jenis, antaranya jambu bol, jering, kerdas, putat, beruas dan melinjau ditanam oleh penduduk setempat di kawasan taman berkenaan yang merupakan bekas kawasan lombong besi pada tahun 1920-an.

Pada hari terakhir hari ini, rombongan KMJ 2017 menjelajah ke daerah Batu Pahat, Pontian dan Kulai.

Sultan Johor ditemani anakanda baginda, Tunku Puteri, Tun Aminah dan suami, Dennis Muhammad Abdullah; Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera; Tunku Abu Bakar.

Majlis penutupan KMJ 2017 yang menjelajah ke 10 daerah sejauh 808 kilometer diadakan di Hutan Bandar Putra, Kulai petang ini. - UTUSAN ONLINE