Sultan Ibrahim bertitah, pe­ngagihan RIBJ membabitkan semua kaum di Johor dan sentiasa menjadi hasrat baginda untuk memastikan rakyat memiliki rumah sendiri di kawasan sempurna serta selesa pada harga mampu milik.

“Permohonan calon-calon RIBJ, terlebih dahulu akan disaring melalui Lembaga Pemilih yang dipengerusikan bersama oleh baginda dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,” titah baginda menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kelmarin.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Fadhly Suffian Laili di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi di sini.

Menurut Sultan Ibrahim, pada pertemuan selama hampir sejam itu, baginda turut berke­nan meluangkan masa meneliti pelan tapak projek RIBJ yang baharu di Batu Pahat.

Projek berkenaan akan di­bangunkan bersama pihak Johor Corporation (JCorp), selain membincangkan menge­nai per­kembangan semasa YSIJ.

Menurut Facebook berke­naan, majlis penyerahan sijil tawaran RIBJ peringkat kedua yang akan disempurnakan oleh baginda dijadualkan berlangsung pada 3 Mac ini.