Tujuh pasukan tersebut ialah Hong Kong, China, Qatar, Korea Selatan, Laos, Uzbekistan dan tuan rumah Malaysia.

Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Johor (JRU), Mohd. Noorazam Osman berkata, kejohanan dua hari itu dianjurkan Asia Ragby, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Iskandar Investment Berhad (IIB).

Menurutnya, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dan JRU berbesar hati dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan kejohanan tersebut bagi memperkenalkan lagi sukan ragbi dalam kalangan rakyat, khususnya penduduk Johor.

"Sasaran kita untuk muncul juara pada edisi kali ini. Kita tahu pasukan Hong Kong memang antara yang terbaik dan merupakan juara pada edisi yang lalu," katanya dalam sidang akhbar, di sini sebentar tadi.

Serentak dengan kejohanan tersebut, JRU, Majlis Sukan Negeri Johor serta Sport Johor Sdn. Bhd., turut menganjurkan Johor 7's @ Iskandar Puteri 2018 yang disertai 20 pasukan, iaitu 12 lelaki dan lapan wanita.

Juara kategori lelaki akan  membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, manakala wanita RM2,000.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berharap kejohanan itu dapat mencungkil lebih banyak bakat baharu dalam sukan berkenaan. - UTUSAN ONLINE