AZMAN ADNAN
AZMAN ADNAN 

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, daripada jumlah 940 pelajar mendapat gred A dalam semua subjek, 16 daripadanya memperoleh keputusan terbaik dengan rekod gred A+ untuk semua subjek.

“Jumlah pelajar mendapat keputusan terbaik dengan rekod gred A+ dalam semua subjek turut menurun berbanding 24 pelajar pada tahun 2017.

“Pada tahun lalu, seramai 52,418 calon mengambil SPM. Jumlah tersebut sedikit berkurangan berbanding tahun 2017 yang merekodkan seramai 55,672 pelajar,” katanya dalam sidang akhbar di Maktab Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Azman bagaimanapun berkata, jumlah Gred Purata Negeri (GPN) bagi negeri Johor pada tahun 2018 masih sama iaitu 4.81 dengan pencapaian pada tahun 2017.

“Johor merekodkan peningkatan menerusi GPN dalam tempoh tujuh tahun berturut-turut sejak tahun 2015 dan ia merupakan rekod terbaik berbanding Gred Purata Nasional yang direkodkan iaitu 4.95,” katanya.