SMK Convent tersebut menewaskan lapan sekolah menengah lain dari seluruh negeri dan membawa pulang piala serta sijil dalam pertandingan yang diadakan di SMK Kampung Melayu di sini.

Guru pembimbing sekolah itu, Siti Arpah Yahya berkata, persiapan menyertai pertandingan itu dilakukan sejak awal tahun lagi dengan melakukan latihan selama setengah jam setiap hari sebelum sesi sekolah bermula.

“Saya dibantu guru bahasa Me­layu, Azean Abdullah mengkaji setiap kehendak dan syarat pertandingan ini untuk memudahkan kita menjiwai serta me­lakukan yang terbaik.

“Tajuk diberikan berkenaan sejarah Johor menjadikan peser­ta mengetahui asal usul nama Johor dan pejuang dalam mempertahankan Johor. Hal ini membangkitkan semangat cintakan negeri ini,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Selain kategori itu, Pertan­dingan Bicara Berirama Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor 2017 dimenangi Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Segamat menewaskan 10 sekolah lain.

Katanya, pertandingan itu ju­ga merupakan satu usaha memupuk semangat patriotisme di peringkat sekolah sekali gus men­jadi antara medium menya­tukan pelajar pelbagai kaum.

Siti Arpah berkata, mereka ju­ga memperoleh motivasi apabila menjadi johan pertandingan itu di peringkat daerah pada Mac lalu yang menyuntik semangat untuk memburu kejayaan.

Menurutnya, penglibatan pelajar tingkatan 1 dan 2 dalam pertan­dingan itu tidak mengganggu pelajaran mereka kerana dibuat bukan di luar waktu belajar.