Namun, malangnya tidak ramai yang mengetahui terdapat sebuah sekolah yang dikhusus­kan untuk golongan tersebut sehingga bilangan murid di Se­ko­lah Kebangsaan Pendidikan Khas Muar (SKPKM) semakin berkurangan setiap tahun.

Pemangku Guru Besarnya, Mohammad Lamappanganro Md. Tahir berkata, sekolah tersebut yang sebelum ini dikenali de­ngan nama Sekolah Rendah Pendidikan Khas Muar (P) itu telah ditubuhkan pada tahun 1990.

“Pada awal tahun ini nama tersebut secara rasmi ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Muar yang me­nempatkan mereka yang me­ngalami masalah pendengaran, penglihatan serta pembelajaran.

“Sebelum ini, sekolah ini ha­nya dikhususkan kepada mereka yang mengalami masalah pendengaran, namun pada tahun 2015 telah dilakukan penambahbaikan penempatan dengan mengambil pelajar bermasalah penglihatan dan pembelajaran,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Kewujudannya selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015, iaitu menyediakan pendidikan berkualiti kepada semua rak­yat termasuk kepada golongam berkeperluan khas.

Menurutnya, murid-murid di sekolah tersebut diberi pendidikan setanding rakan mereka yang mengikuti aliran perdana mengikut tahap perkembangan minda dengan tenaga pengajar terlatih serta berkemahiran.

Katanya, pelbagai kejayaan telah diraih oleh murid-murid sekolah tersebut termasuk di pe­ringkat kebangsaan selain pe­ningkatan sebanyak 0.08 peratus Gred Purata Sekolah (GPS) sekolah bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2016.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Gurunya (PIBG), Mohd. Naszree Mosli berkata, bagi menghebahkan kewujudan sekolah tersebut ke­pada masyarakat khususnya ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas, pihaknya telah membuat laman sesawang dan mengedarkan risalah.

“Usaha tersebut diakukan ke­rana tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan sekolah ini kepada masyarakat bagi memastikan kanak-kanak berke­perluan khas juga diberi peluang pendidikan terbaik.

“Saya harap dengan adanya laman sesawang tersebut, sedikit sebanyak mampu memperkenalkan sekolah ini, sekali gus dapat meningkatkan jumlah kemasukan murid pada masa akan datang,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapat penjelasan lanjut mengenai sekolah tersebut boleh melayari laman sesawang https://srpkmuar.wordpress.com dan ca­rian di laman Facebook, iaitu SR Pendidikan Khas Muar atau menghubungi talian