Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat, kerja pembaikan itu menelan kos kira-kira RM3,000.

“Alhamdulillah, telah sempurna kerja-kerja pembaikan di Klinik Mahmoodiah dengan kos lebih kurang RM3,000. Ia telah beroperasi seperti biasa,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, viral mengenai kejadian siling runtuh yang didakwa di bangunan utama Hospital Sultanah Aminah (HSA), sebaliknya kerosakan itu adalah di Kaunter Kaunseling Pemakanan Klinik Kesihatan Mahmoodiah.

Katanya, kelemahan pada struktur siling yang menampung beban menjadi punca ‘wall plug’ dan dawai pengikat tercabut dari konkrit hingga siling itu runtuh.

Kejadian berkenaan bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan. - UTUSAN ONLINE