MD. ROFIKI SHAMSUDIN

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Md. Rofiki Shamsudin berkata, usaha itu dijangka dapat dilaksanakan menjelang pertengahan tahun kedua tahun ini.

Katanya, langkah itu akan dibincangkan pada peringkat kerajaan negeri pada 17 Januari ini.

“Pelaksanaan sijil halal bagi SAKJ ini bertujuan untuk menambah baik perkhidmatan mereka termasuklah aspek kebersihan penyediaan makanan.

“Buat waktu ini pengusaha kantin SAKJ tidak diwajibkan untuk mendapatkan pensijilan halal kerana meyakini perkhidmatan diberikan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Perhimpunan Bulanan MAINJ di Pusat Islam Iskandar, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan dan Penasihat MAINJ, Datuk Nooh Gadot.

Md. Rofiki berkata, MAINJ memiliki unit pensijilan halal dan menerima banyak permohonan daripada pengusaha makanan swasta.

“Kita berharap hal ini dapat diperluas kepada semua bangunan milik kerajaan namun perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

“Sebagai permulaan kita akan melaksanakan di peringkat SAKJ terlebih dahulu,” ujarnya.