Namun, bagi seorang peneroka dari Felda Air Tawar 5, Salim Selamat, 58, ikan siakap seberat 2.55 kilogram yang menyambar umpan cacingnya membawa tuah apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memancing Sungai Johor di Astaka Budaya Laman Tun Sri Lanang, di sini baru-baru ini.

Kemenangan itu memboleh­kan dia membawa pulang ha­diah wang tunai RM10,000.

“Sebahagian wang kemenan­gan ini akan dismpan untuk ke­gunaan kami dan selebihnya dikongsi dengan anak-anak,” katanya selepas majlis penyam­paian hadiah oleh Pegawai Tadbir merangkap Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan Malis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Mohd. Fauzei Mohd. Ali.

Yang turut hadir, Pengarah Uru­san Joran Bagus, Azmi Nan yang menganjurkan pertandi­ngan tersebut.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi Abd. Rahman Jaafar, 21, dari Kempas, Johor Bahru apabila menaikkan ikan baung seberat 0.62 kg, manakala tempat ketiga diraih Mohd. Anas Muhammad, 48, dari Taman Saujana, Plentong dengan ikan duri seberat 0.19 kg.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM1,000.

Dalam pada itu Azmi mengakui sambutan hangat daripada kaki pancing setiap kali pertandingan diadakan memberi semangat kepada pihaknya untuk menganjurkan lebih banyak program

“Selepas ini kami akan menumpukan terhadap penganjuran pertandingan memancing merebut Piala Tourism Johor yang akan diadakan di Pusat Perdagangan Bandar Baru Pontian (Tambak) pada 21 Oktober ini,” katanya.