Pengerusi CP Daerah Seri Alam, Amzah Mioden berkata, program mengedar Jalur Gemilang itu dijalankan di dua lokasi iaitu di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang dan IPD Seri Alam.

“Di ILP, kita mengedarkan sebanyak 60 Jalur Gemilang kepada pelatih dan warga ILP, 120 lagi di IPD Seri Alam manakala selebihnya diedarkan kepada penduduk sekitar.

“Tujuan kita adalah untuk menyemarakkan lagi Hari Kebangsaan pada tahun ini yang akan di­sambut oleh seluruh rakyat pada 31 Ogos ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Kibarkan Jalur Gemilang peringkat IPD Seri Alam bersama CP Daerah Seri Alam di sini, hari ini.

Majlis penyerahan Jalur Gemilang itu disempurnakan oleh Pe­ngerusi Jawatankuasa Pembangu­nan dan Pelancongan Wanita ne­­geri, Liow Cai Tung dan dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintenden Shah­­rulanuar Mushaddat Abdullah.

Amzah memberitahu, selain pe­nyerahan Jalur Gemilang, pi­haknya banyak menjalankan pelbagai program bagi mendekati masyarakat termasuk berkaitan pencegahan dadah.

Sementara itu, Cai Tung turut memuji program sedemikian dan menggesa semua pihak dan rak­yat menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Menurutnya, semangat patrio­tik tidak hanya perlu dipupuk menjelang Hari Kebangsaan, namun harus diteruskan sepanjang masa selain rakyat terus bersatu-padu biar pun berbeza latar belakang agama, bangsa dan budaya.