Ketua Pengarahnya, Datuk Shaharuddin Khalid berkata, langkah itu selepas pihaknya sudah berada di peringkat akhir bagi menjalankan percubaan pelaksanaan sistem berkenaan.

“Kita sudah berada di peringkat akhir dan besar kemungkinan pada bulan depan kita akan mendapat laporan akhir sebelum memberi kata putus kepada pihak kementerian untuk dilaksanakan.

“Hal ini tidak membabitkan sebarang tekanan daripada Singapura memandangkan sistem itu dibuat di sempadan negara dan tidak ada kena mengena dengan negara republik itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat bekas pegawai JPJ yang mengalami hilang upaya kekal di kediamannya di Pekan Nanas, Pontian sebentar tadi.

Shaharuddin berkata, beliau meminta warga kerja JPJ serta badan kebajikan yang lain turut membantu meringankan beban keluarga melalui sumbangan tunai dan lain-lain. - UTUSAN ONLINE