Pengarahnya, Abdul Malik Ismail berkata, Johor menyasarkan untuk mengatasi Pahang yang menduduki tangga pertama dengan 7.6 juta pelancong dan Perak (7.5 juta) direkodkan pada tahun 2017.

Menurutnya, dengan jumlah kedatangan pelancong yang direkodkan mengunjungi negeri ini pada tahun lalu iaitu 7.4 juta orang, Johor yakin jumlah 7.7 juta pelancong itu mampu dicapai.

“Kita positif mampu mencapai jumlah yang disasarkan dan mengatasi kedua-dua nege­ri itu terutama dengan adanya produk serta tarikan baharu seperti MCM Studio dan Desaru Coast,” katanya selepas meras­mikan program ‘Buyer Meet Seller’ di sini hari ini.

Selain itu tambahnya, Johor juga sudah mempunyai pelbagai produk pelancongan sedia ada dan tersendiri yang menjadi tarikan ke nege­ri ini.

Antaranya mempunyai daya tarikan pelancongan berasaskan sejarah dan warisan, pulau dan pantai, alam semulajadi, golf, agro pelancongan, homestay, kesenian dan kebudayaan.

“Tidak lupa juga makanan tempatan yang menjadi tarikan seperti laksa Johor, mi rebus, otak-otak, asam pedas, mi bandung dan banyak lagi.