Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, ini kerana e-Rezeki membuka peluang kepada individu dan isi rumah berpendapatan rendah untuk meraih peluang menjana pendapatan menerusi kaedah dan teknologi digital.

“Selain e-Rezeki, terdapat juga e-Usahawan, iaitu program keusahawanan digital untuk pelajar kolej vokasional serta usahawan mikro yang berminat menceburi perniagaan digital dengan peserta diberi pendedahan teknik pemasaran digital yang efektif.

“Kita ingin melahirkan lebih ramai usahawan digital ter­utamanya dalam kalangan anak muda kerana usaha ini tidak memerlukan lokasi besar mahupun kos yang tinggi untuk menyewa tempat perniagaan,” katanya selepas merasmikan Seminar e-Rezeki dan e-Usahawan anjuran RISDA Daerah Segamat di Dewan Kolej Komuniti Segamat (KKS), di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah RISDA nege­ri, Ah­mad Fahmi Abd. Shukor; Pegawai RISDA Daerah Segamat, Nor Afzami Isa dan Pengarah KKS, Zazali Lazin.

Anuar berkata, usa­ha kerajaan mene­rusi Perbadanan Eko­­nomi Digital Malaysia (MDEC) juga tepat pada masanya apabila budaya anak muda ketika ini yang begitu rapat dengan sistem teknologi.

“Seperti usahawan dan penerima bantuan AET RISDA di daerah ini, saya difahamkan mereka terlibat dalam pelba­gai bidang seper­ti perkhidmatan, maka­nan, pembuatan serta pertanian dan mereka yang menggunakan platform digital ini untuk tujuan pemasaran juga masih kecil.

“Jadi, kedua-dua kaedah ini (e-Rezeki dan e-Usahawan) ini memerlukan usaha dan latihan serta pencerahan kepada para peserta tentang cara untuk memperkenalkan perniagaan sedia ada kepada masyarakat melalui kaedah digital,” katanya.