Masjid tersebut merupakan satu daripada 50 masjid di negeri ini yang dipilih untuk sambutan berkenaan dengan diadakan pelbagai aktiviti termasuk tazkirah khusus untuk umat Islam.

Mereka yang menyertai program-program sambutan itu terdiri daripada penduduk kampung, pelajar Madrasah Thafiz Haji Jaafar dan Pelajar Kolej Matrikulasi Kejuteraan Johor (KMKJ).

Pengerusi masjid tersebut, Ibrahim Muhammad berkata, pihkanya terharu dengan pemilihan rumah ibadat itu dipilih untuk diadakan majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat.

“Sempena program ini turut diadakan solat hajat bagi pelajar-pelajar dari Kampung Rimba Terjun yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

“Selain itu diadakan pengisian tazkirah oleh Kadi Daerah Pontian, Mohamad Khalil Md. Noor yang menyentuh pelbagai perkara berkaitan makanan halal,” katanya ketika ditemui.

Yang turut hadir, Eksekutif Pematuhan Halal dan Shariah QSR Brands, Mohd. Zamri Mohd. Idris dan Penghulu Kanan, Pejabat Daerah Pontian, Muhammad Ali Ab. Wahab.

Ibrahim berkata, Jawatan­kuasa Masjid Haji Ahmad Shah turut menyerahkan Waqaf Saham Larkin Sentral berjumlah RM300 yang sebelum ini me­nyertai program tersebut.

“Program ini diharap dapat meningkatkan Jalinan Ukhuwah di antara JCorp dengan masyarakat Islam bukan sahaja di Kampung Rimba Terjun tetapi di seluruh negeri Johor,” ujarnya.