Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rumah ibadat untuk semua

Sediakan kemudahan terbaik, cerminan toleransi kaum

TOKONG Cina  yang terletak dalam kawasan Persiaran Muafakat Bangsa 5
TOKONG Cina yang terletak dalam kawasan Persiaran Muafakat Bangsa Johor di pusat bandaraya Johor Bahru.

JOHOR BAHRU 7 Sept. - Malaysia sememang­nya di­­kenali sebagai sebuah ne­gara yang dihuni ma­syarakat berbilang kaum serta ber­lainan pegangan agama.

Namun perbezaan itu juga merupakan antara ciri-ciri yang menjadikan negara ini unik di mata dunia.

Malah negeri ini, khususnya di tengah-tengah bandar raya ini tidak kurang uniknya kerana mempunyai rumah ibadat yang saling ‘berjiran’ sejak sekian lama.

Jelas, persefa­haman perpa­duan dan ke­har­monian antara kaum telah diterap­kan sejak da­hulu bagi me­mastikan kehidupan berma­sya­rakat sen­tiasa dijun­jung dan utuh demi ke­­majuan rakyat.

Jika menyusuri jalan-jalan di tengah bandar raya ini, khusus­nya Persiaran Muafakat Bangsa Johor, jelas menggambarkan Johor Bahru merupakan antara contoh terbaik toleransi dan keharmonian yang dinikmati masyarakat negara ini.

Kawasan yang merupakan pusat tumpuan warga bandar raya ini menempatkan enam rumah ibadat yang mewakili kepelbagaian agama dianuti penduduknya dalam jarak lingku­ngan satu kilometer.

Antaranya terdapat dua buah masjid bagi kegunaan umat Islam iaitu Masjid An-Nur Kotaraya yang terletak di dalam pusat beli-belah [email protected]

Masjid kedua yang terdapat di Persiaran Muafakat Bangsa Johor terletak tidak jauh daripada pusat beli-belah tersebut, iaitu Masjid India di Jalan Duke.

Tidak jauh dari situ, gereja Church of Immaculate Conception sering menjadi tumpuan penganut Kristian beribadat, khu­susnya pada hari Ahad.

Penganut Buddha, Hindu dan Sikh turut mempunyai rumah ibadat masing-masing di tengah-tengah bandar raya ini dan sering menjadikan suasana di sini sentiasa bergema dengan upacara sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.

Rumah ibadat berkenaan ialah Tokong Gu Miao untuk penganut Buddha, masing-masing Kuil Hindu Mariamman dan Kuil Gurd­wara Sikh bagi penganut Hindu dan Sikh.

Bagi orang ramai dan pengunjung ke bandar raya ini, usaha risau tentang lokasi untuk beribadat kerana semuanya terdapat di sini untuk kemudahan semua.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain