Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek yang mengambil masa selama 18 bulan itu akan memberi manfaat kepada 209,461 masyarakat di daerah ini.

“Sebelum proses menaik taraf, jambatan ini tidak dapat menampung jumlah peningkatan kenderaan yang menggunakan jalan ini hingga menyebabkan lesesakan lalu lintas.

“Apabila dinaik taraf secara tidak langsung menggalakkan pembangunan kawasan setempat dan memajukan masyarakat sekitar seperti kawasan perindustrian, pusat rawatan swasta dan restoran makanan berasaskan nasi beriani,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau perkembangan projek naik taraf jambatan tersebut, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE