Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidkan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat kepada Ketua Pegawai Eksekutif YKTLJ, Mohd. Anizam Jamian.

Turut memberikan sumba­ngan ialah Pejabat Daerah Pontian sebanyak RM3,000 yang disampaikan oleh Pegawai Da­e­rah Pontian, Mohd. Shukri Mohd. Masbah.

Pada pertandingan futsal ber­kenaan yang turut mendapat kerjasama Pejabat Daerah Pontian, Majlis Daerah Pontian dan PR Gemilang Enterprise itu, sebanyak 28 pasukan mengambil bahagian.

Pasukan Jalinan Kasih Jalinan Emas dari Batu Pahat muncul sebagai johan dengan menewaskan JBFA A dengan keputusan 2-0, sekali gus membawa pulang wang tunai RM3,000, piala dan medal.

Tempat ketiga dimenangi JB­FA B, manakala Majlis Perban­daran Pasir Gudang (MPPG) meraih tempat keempat.